5 Jenis Bahan Pencemar Perindustrian Beserta Penjelasan
a. Tarterpakai atau minyak antikakisan
Minyak antikakisan atau sisa tar daripada proses-proses penampalan atau
penyemburan atau penyalutan di loji pemasangan kenderaan motor atau woksyop
automotif.
1. Enapcemar-enapcemar
daripada penapisan semula keluaran minyak terpakai termasuklah enapcemar
berminyak yang mengandungi sebatian asid atau plumbum
Enapcemar asid daripada penapisan semula minyak pelincir terpakai.
2. Buangan-buangan
asbestos
Debu-debu asbestos atau buangan-buangan gentian asbestos bebas dari loji
pengilangan keluaran-keluaran asbestor/simen.
3. Buangan
yang mengandungi pewarna
Air buangan yang mengandungi pewarna dari loji pengilangan tekstil.
4. Buangan-buangan
raksa, yang mengandungi raksa logam, sebatian-sebatian raksa organik dan tak
organik
Enapcemar-enapcemar yang mengandungi raksa dari pengolahan air garam dan
lumpur-lumpur penulenan air garam yang mengandungi raksa dari loji pengeluaran
klorin.
5. Bateri-bateri
terbuang atau yang tidak mengikut spesifikasi, yang mengandungi plumbum, raksa,
nikel dan litium
Bateri-bateri terbuang atau yang tidak mengikut spesifikasi dari loji
pengilangan bateri.
b. Pertanian
Aktiviti pertanian melibatkan penggunaan baja dan racun untuk memastikan
kesuburan tanaman. Namun penggunaannya mencemarkan alam sekitar jika tidak
dikawal selia dengan betul. Baja dan racun boleh memasuki badan air melalui
pengaliran air di permukaan tanah dan juga air bawah tanah. Kemasukan bahan
pencemaran tersebut akan menurunkan kualiti air dan seterusnya mengakibatkan
pencemaran air. Kemasukan bahan pencemaran dari kawasan pertanian adalah
melalui sistem saliran yang tidak nyata dan boleh dikelaskan sebagai sumber
yang tidak berpunca.
Aktiviti pertanian juga melibatkan ternakan seperti lembu, ayam, khinzir dan
lain-lain. Binatang ternakan tersebut menghasilkan najis yang seterusnya
dialirkan ke badan air. Di Malaysia masalah pencemaran air disebabkan oleh
najis binatang ternakan merupakan salah satu masalah besar kepada kerajaan
terutama ladang ternakan khinzir yang sangat meluas di Malaysia. Air mandi
khinzir mengandungi unsur Zink dan Ammoniakal Nitrogen yang tinggi. Bahan
pencemaran dari najis, bukan setakat mencemarkan sumber air tetapi juga
menyebabkan pencemaran bau yang menyakitkan.
c. Perlombongan
Aktiviti perlombongan sangat penting di Malaysia. Antaranya perlombongan bijih
timah, bijih besi, emas, tembaga dan lain-lain lagi. Selain daripada
meningkatkan pendapatan negara, aktiviti ini memberi kesan kepada alam sekitar,
misalnya sumbangan bahan terampai tersebut akan menyebabkan badan air menjadi
keruh. Dalam jangka masa panjang akan berlaku proses pemendapan yang akan
mencetekkan badan air dan kemudiannya akan menyebabkan berlakunya banjir di
kawasan persekitarannya.
Selain daripada bahan tersebut, aktiviti perlombongan juga menyumbang pelbagai jenis logam bergantung kepada jenis perlombongan yang dijalankan. Kehadiran logam tersebut akan memberi kesan kepada pengguna air dalam jangka masa panjang. Sumber pencemaran dari kawasan ini boleh dikelaskan sebagai sumber berpunca dan tidak berpunca bergantung kepada kemudahan yang disediakan oleh tuan punya projek. Had maksimum kandungan pepejal terampai di dalam efluen ialah 50 mg/1 seperti yang dinyatakan di dalam Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan dan Efluen-Efluen Perindustrian), 1978.

d. Pembangunan
Aktiviti pembangunan memberi manfaat kepada penduduk. Namun begitu ia juga
merupakan salah satu sumber pencemaran yang sering dikaitkan dengan aktiviti
ini ialah bahan organik dari sisa pepejal, bakteria dan virus dari sisa
manusia, bahan soda dan amonia dari aktiviti pembasuhan, bahan terampai dan
lain-lain lagi yang berkaitan dengan aktiviti harian manusia. Sumber pencemaran
ini boleh dikelaskan kepada sumber berpunca dan tidak berpunca bergantung
kepada kawasan yang terlibat.
Pencemaran air bawah tanah terjadi apabila hujan yang menimpa sampah menyerap ke dalam bumi. Di dalam proses penyerapan ini, air tersebut akan membawa bersama atau menyerap kebanyakan bahan kotor yang terdapat di dalam sampah. 1gelen (3.785 liter) minyak petrol boleh mencemarkan 1 juta gelen (3.785 juta liter) air bawah tanah. Kehadiran sedikit sahaja bahan eyanide di dalam air boleh membunuh kita serta-merta.

e. Pembalakan
Aktiviti pembalakan tidak kurang pentingnya dewasa ini sama ada dalam proses
penerokaan tanah baru atau pengeluaran hasil balak. Aktiviti ini sering
mengakibatkan permukaan tanah terdedah kepada hujan yang menyebabkan berlakunya
hakisan. Proses ini akan memindahkan partikel tanah ke tempat lain termasuk
badan air.
Kemasukan badan partikel tersebut akan menyebabkan badan air menjadi keruh serta berlaku pemendapan. Selain daripada partikel tanah, aktiviti pembalakan juga menyumbang bahan pencemaran dari segi bahan organan dan nutrien ke badan air. Sumber pencemaran dari kawasan ini boleh dikelaskan sebagai sumber tidak berpunca.

Komentar
Posting Komentar
Ada komentar? Saran atau Pendapat? Silahkan sampaikan dengan bijak.
Salam :)